Connect with us

Terkini

[VIDEO] Masjid di Pakistan kena bom ketika Solat Jumaat, 15 orang terbunuh

Sekurang-kurangnya 10 orang dilaporkan maut, manakala 16 lagi cedera, selepas bom meletup dalam sebuah masjid di selatan barat Pakistan ketika jemaah sedang solat.

Hasil dari letupan mengejut itu, seramai 15 orang awam dan seorang pegawai kanan polis dilaporkan terkorban dan 20 orang lagi cedera. Dari siasatan awal, bom berkenaan telah ditanam di dalam masjid dan telah meletup pada waktu petang Jumaat 10 Januari 2020.

Loading…

Memetik dari laporan ketua polis bandar Quetta, Abdur Razzaq Cheema, masih ada mangsa yang berada dalam keadaan kritikal dan mereka bimbang jumlah kematian meningkat.

Imran Khan Perdana Menteri Pakistan, turut mengutuk dan mengecam serangan terbabit dan ini ada serangan letupan kedua selepas beberapa hari kenderaan angkatan tentera di bom di tepi jalan di bandar sama.

Advertisement

Memetik kata-kata pegawai polis yang lain, anggota polis yang terkorban kemungkinan adalah sasaran utama bagi serangan itu. Namun, perkara itu masih berada dalam penyiasatan.

Mereka mensasarkan orang yang tidak bersalah di sebuah masjid dan tidak boleh menjadi Muslim sejati.

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel