Connect with us

Pilihan Editor

Wabak virus corona belum sampai tahap kritikal, kata Perdana Menteri

Penularan wabak koronavirus dalam negara ini masih belum mencapai tahap kritikal, sehingga perlu menghentikan industri pelancongan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Namun, tegas Perdana Menteri, kerajaan akan memastikan pemeriksaan awal ke atas pelancong bagi memastikan wabak itu terus terkawal.

Loading…
MU MGID UA

Ketika ini juga, kata Dr Mahathir, tiada apa yang boleh dijangka mengenai wabak berkenaan memandangkan banyak negara lain juga menghadapi masalah yang sama.

“Kita harus menilai bila masa yang sesuai untuk isytihar ianya sebagai kritikal.

Advertisement

Tetapi pada ketika ini, ia masih belum kritikal sehingga ke tahap kita perlu hentikan pelancongan sebagai contoh.

“Tetapi kita akan terus periksa pelancong, jika ada sebarang tanda mereka dijangkiti, kita terus kuarantin,” kata Perdana Menteri lagi seperti dilapor Astro Awani.

Dr Mahathir berkata demikian dalam sidang media selepas menghadiri Majlis Tahun Baharu Cina anjuran Menteri Kewangan dan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Klang (KCCCI).

Menurut Dr Mahathir, kepantasan manusia bergerak menyebabkan kawalan sepenuhnya ke atas pelancong asing sukar dilakukan buat masa ini.

Namun, beliau berkata, rakyat Malaysia harus mengambil langkah berjaga-jaga dengan memakai topeng muka terutama sekali ketika berada dalam kelompok manusia yang besar.

Advertisement

Perdana Menteri juga menjelaskan Malaysia tidak akan sewenang-wenangnya menghantar kembali pelancong China kembali ke negara asal mereka, terutama sekali empat pesakit yang sah hidap koronavirus kerana ia akan memberi risiko kepada mereka yang berhampiran.

“Anda boleh hantar mereka pulang ke China, tetapi sewaktu proses itu, berkemungkinan besar akan berlaku kontak antara mereka dan orang sekeliling.

“Jadi lebih baik kuarantin dahulu, sehingga mereka benar-benar bebas dari virus itu,” katanya lagi.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel