‘Suka terima derma kerabat Arab’

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau lebih suka menerima derma daripada kerabat Arab Saudi berbanding penderma tempatan.

Ahli Parlimen Pekan berusia 67 tahun itu berkata beliau lebih selesa jika tidak menerima sumbangan korporat kerana tidak mahu terhutang budi kepada sesiapa.

Loading…

“Sebagai presiden Umno ketika itu, saya mahukan sumber pendapatan yang menjadikan saya bebas daripada penderma lain, itu bermakna bahawa saya tidak mempunyai IOU (I owe you atau saya berhutang dengan anda) dengan sesiapa saja,” kata bekas menteri kewangan itu ketika pemeriksaan balas oleh peguamnya, Harvinderjit Singh.

Najib juga berkata derma RM2.6 bilion daripada kerabat Arab Saudi itu adalah bagi memastikan “kebebasan” dalam Pilihan Raya Umum ke-13.

Advertisement

Kepada soalan lain, Najib berkata idea untuk membuka akaun dengan AmBank pada 2010 berasal daripada ahli perniagaan dalam buruan, Jho Low atau Low Taek Jho, untuk menerima sejumlah wang yang besar daripada kerabat Arab Saudi.

Peguam utama Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah hari ini menamatkan pemeriksaan balasnya terhadap Najib.

Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali kemudian membenarkan Najib, yang memberi keterangan sejak 3 Dis tahun lepas, meninggalkan kandang saksi.

Najib memberikan keterangan bagi membela dirinya yang berdepan tujuh pertuduhan menyeleweng dana SRC International  Sdn Bhd sebanyak RM42 juta, iaitu tiga pertuduhan pecah amanah jenayah, tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan menyalah guna kuasa membabitkan dana SRC.

Perbicaraan di hadapan Mohd Nazlan bersambung.

Advertisement

Bernama

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

22 hours ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

23 hours ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

2 days ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

3 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

5 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

5 days ago