Connect with us

Pilihan Editor

130 kerusi memihak Tun Mahathir

SUDAH ada 130 kerusi. Itu jumlah kerusi diperoleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bagi membolehkan pensejajaran semula kerajaan dalam masa terdekat.

Loading…

Sumber memberitahu, jumlah itu sudah dicapai melalui persetujuan persetujuan kolektif lima parti membabitkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), UMNO, serpihan PKR, PAS dan Amanah, lapor Harian Metro.

Katanya, kehadiran beramai-ramai ke Hotel Sheraton Petaling Jaya, pada malam ini bagi menunjukkan bahawa kesepakatan sudah dicapai dan ia bukan lagi cakap kosong mana-mana pihak.

“Ia akan membabitkan perubahan di beberapa negeri iaitu Kedah dan Perak. Apapun ini adalah sejarah negara dan simbol penyatuan di negara ini.

Advertisement

“Ini adalah penyatuan keluarga besar umat Islam dan kita harap ia akan menjadi manfaat kepada rakyat,” katanya.

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel