Connect with us

Mahkamah

Guna sumbangan Saudi untuk beli jam tangan mewah? – Tak wajar kata Anifah

Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur hari ini diberitahu adalah tidak wajar bagi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak membeli jam tangan mewah untuk isterinya Datin Seri Rosmah Mansor menggunakan sumbangan yang dikatakan daripada Arab Saudi.

Bekas Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, 67, berkata beliau bersetuju dengan cadangan Timbalan Pendakwa Raya Datuk V. Sithambaram berhubung penggunaan sumbangan yang dikatakan daripada Almarhum Raja Abdullah Abdul Aziz Al-Saud.

Kekal berhubung bersama rakan-rakan dan juga ahli keluarga serta tambah kenalan baru. Hanya di Frenzscape.com ianya percuma!

Sithambaram: Beli jam tangan Chanel berharga setengah juta ringgit untuk isteri Najib, adalah penggunaan yang tidak wajar?

Loading…

Anifah: Sudah tentu tidak (wajar).

Sebelum ini, dikemukakan di mahkamah bahawa Najib membelanjakan US$130,625 (RM466,330.11) di butik Chanel di Honolulu, Amerika Syarikat pada 2014 untuk membeli seutas jam tangan mewah sebagai hadiah hari jadi Rosmah.

Advertisement

Terdahulu, semasa membacakan kenyataan saksinya, bekas Ahli Parlimen Kimanis itu berkata difahamkan Raja Abdullah tidak mahu sumbangan wang itu “disalurkan secara tidak jelas” kerana ia mungkin mendatangkan masalah dalam penyalurannya dan meletakkan wang itu dalam akaun peribadi Najib bagi membolehkan menjadikannya lebih mudah dikawal.

Anifah, yang merupakan saksi keenam pihak pembelaan, memberitahu mahkamah bahawa bekas perdana menteri ada bertanya pendapatnya tentang sumbangan kewangan dipindahkan ke dalam akaun bank peribadinya.

“Saya beri jaminan kepada beliau bahawa ia tidak apa-apa kerana sumbangan itu untuk digunakan bagi tujuan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dan politik dan adalah menjadi amalan biasa dalam UMNO bagi presiden parti bertanggungjawab secara peribadi terhadap sebahagian besar dana politik,” katanya.

Katanya Najib memberitahunya bahawa sumbangan itu untuk tujuan CSR dan Kabinet tidak dimaklumkan berhubung sumbangan itu kerana ia merupakan sumbangan peribadi daripada Raja Abdullah kepada Najib.

Kepada soalan lain, Anifah berkata beliau tidak pernah bertemu dengan ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low semasa beliau memegang jawatan sebagai menteri luar.

Advertisement

Sebelum prosiding berakhir hari ini, peguam mewakili Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memberitahu Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali bahawa laporan oleh seorang pakar tulisan tangan mengenai tandatangan Najib pada 13 dokumen utama SRC International Sdn Bhd akan siap pada 26 Feb.

“Pakar telah selesai memeriksa dokumen yang dipertikaikan semalam, dan boleh menyiapkan laporan itu, selewat-lewatnya pada 26 Feb. Sekiranya pakar lambat menyerahkan laporannya itu, kami akan memberikan laporan itu kepada pihak pendakwaan dalam tempoh 12 jam,” katanya.

Bagaimanapun, Sithambaram berkata, mustahil untuk pihak pendakwaan meneliti laporan itu dalam masa singkat.

Berikutan itu, Hakim Mohd Nazlan memerintahkan pihak pembelaan untuk memberi maklumat terkini mengenai laporan itu pada Isnin.

Muhammad Shafee juga memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihak pembelaan akan mengaturkan pegawai penyiasat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dikenali sebagai Nasarudin, untuk memberi keterangan pada Isnin minggu depan sebagai saksi ketujuh pihak pembelaan.

Advertisement

Najib sedang membela diri terhadap tujuh pertuduhan menyalahgunakan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd, terdiri daripada tiga pertuduhan jenayah pecah amanah (CBT), tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan menyalahgunakan kedudukannya berhubung dengan dana SRC.

Perbicaraan bersambung Isnin.

-Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel