Categories: Terkini

MH370: Pembunuhan beramai-ramai oleh juruterbang, dedah Tony Abbott

SYDNEY – ‘Pihak tertinggi’ Kerajaan Malaysia percaya para penumpang pesawat MH370 yang masih menjadi misteri hingga saat ini terbunuh oleh juruterbang yang membunuh diri.

Loading…

Perkara itu didedahkan oleh bekas Perdana Menteri Australia, Tony Abbott.

“Pemahaman saya, pemahaman saya yang sangat jelas, dari peringkat tertinggi Kerajaan Malaysia yang sejak awal lagi berpandangan kejadian itu adalah bunuh diri oleh juruterbang.

“Biar saya mengulangi – Saya mahu ia menjadi sangat jelas – difahami di peringkat tertinggi bahawa ini hampir pasti pembunuhan diri oleh juruterbang.

Advertisement

“Pembunuhan besar-besaran oleh juruterbang,” kata Abbott kepada Sky News.

Pesawat MH370 hilang pada 8 Mac 2014 selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur ke Beijing.

Ia gagal dihubungi selepas 40 minit selepas berlepas ketika berada di Laut China Selatan

Abbott, yang merupakan Perdana Menteri pada masa itu, mendedahkan secara terperinci tentang perbualannya dengan pemimpin Malaysia buat kali pertama dalam dokumentari Sky News MH370: The Untold Story – yang akan disiarkan pada malam Rabu malam di Foxtel.

Siasatan dua bahagian itu yang disiarkan di Foxtel pada hari Rabu dan Khamis mendedahkan butiran baru mengenai kehilangan MH370.

Advertisement

Semasa kejadian, pesawat Malaysia Airlines itu membawa 239 orang penumpang termasuk enam dari Australia dan dua rakyat New Zealand.

Pesawat MH370 itu dipandu oleh Kapten Zaharie Ahmad Shah, yang merupakan juruterbang kanan dalam syarikat penerbangan Malaysia Airlines.

“Selamat malam. Malaysia tiga-tujuh-kosong” adalah ayat terakhir Kapten Zaharie sebelum pesawat berkenaan hilang dari radar pada jam 1.21 pagi. – MalaysiaGazette

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

11 hours ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

12 hours ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

1 day ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

2 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

4 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

4 days ago