Connect with us

Terkini

Doktor beri amaran awal wabak koronavirus dilapor meninggal dunia

BEIJING: Seorang doktor dari China yang merupakan antara yang pertama memberi amaran mengenai wabak koronavirus baru telah meninggal dunia akibat jangkitan virus itu pada hari Jumaat (7 Februari).

Loading…

Pakar penyakit mata, Dr Li Wenliang, meninggal dunia pada 2.58 pagi, kata Hospital Pusat Wuhan, di akaun rasmi hospital itu di platform media sosial Weibo.

Akhbar The New York Times melaporkan tentang doktor itu pada Sabtu lalu (1 Feb), merakam usahanya memberi amaran kepada rakan kerjanya tentang kelompok penyakit  membimbangkan yang menyerupai Sars, juga sejenis koronavirus yang menjejas China hampir dua dekad yang lalu.

“Jika pegawai telah mendedahkan maklumat mengenai wabak ini lebih awal, saya fikir keadaannya akan lebih baik. Harus ada keterbukaan dan ketelusan lebih tinggi,”  kata Dr Li kepada akhbar itu.

Sedang pegawai di China cuba memerangi wabak itu, mereka juga telah menghadapi kritikan mengenai respons awal mereka kepada wabak itu yang mula menular di Wuhan,  bandar di wilayah Hubei, dengan 11 juta penduduk. – Agensi

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel