Connect with us

Mahkamah

Najib sumpah laknat dalam mahkamah

BEKAS perdana menteri Najib Razak bersumpah ketika memberi keterangan untuk menunjukkan beliau tidak tahu mengenai RM42 juta yang disalurkan ke akaunnya.

“Sebagai seorang Islam, wallahi, wabillahi, watallahi, saya tidak pernah meminta suapan dan saya tidak tahu bahawa RM42 juta disalurkan ke akaun saya pada masa itu,” katanya semasa pemeriksaan semula oleh peguam Muhammad Shafee Abdullah.

Loading…

Najib menegaskan terdapat keterangan lisan dan bertulis di mahkamah bahawa tidak terdapat tawaran dan tidak disebut mengenai pertemuan berkaitan hal suapan itu.

Beliau berkata, sebarang cubaan untuk melakukan kesalahan tersebut adalah tidak masuk akal dan sesuatu yang bodoh.

Advertisement

“Ia tidak pernah berlaku, dan untuk mencadangkan bahawa sebagai perdana menteri saya terlibat dalam sesuatu seperti itu adalah tidak munasabah.

“Dan saya katakan, saya tidak begitu bodoh untuk meminta suapan seperti itu dan yang boleh dikesan,” kata anggota parlimen Pekan.

Sumber: Malaysiakini

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel