Hangat diperkatakan mengenai usahawan kosmetik, Nur Sajat yang mengerjakan ibadah umrah bersama keluarga dan rakan-rakannya.
Apa yang menjadi perhatian adalah penampilan Sajat sebagai jemaah wanita yang lengkap bertelekung.
Video: Sajat Menunaikan Umrah Pakai Telekung!! Apa Sudah Jadi??
Video: Lagi video Sajat pergi umrah berpakaian wanita
Susulan itu ramai yang tertanya-tanya bagaimana pula dia boleh masuk ke Tanah Suci sebagai jemaah wanita sedangkan sebelum ini gambar kad pengenalannya yang tular jelas tertera nama dan jantina lelaki.
Berikutan itu, seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama Akhi Fairuz Al-Jengkawi tampil menjawab persoalan tersebut.
Menurutnya, Sajat berkemungkinan memakai jubah lelaki tetapi apabila sampai di Tanah Suci dia terus menukar pakaian dan mengambil gambar sebagai wanita pula.
Ic lelaki, passport lelaki. Jadi, visa yg pun mestilah lelaki juga kan.
Boleh jadi pergi pakai jubah lelaki, sarung kepala dgn serban mcm arab hingga lepas imigresen di sana.
Sampai tanah haram tukar pakai telekung. Then tangkap gambar, up di insta.
Itu pendapat sayalah.— Akhi Fairuz Al-Jengkawi (@akhifairuz_) February 2, 2020
Tidak lama kemudian, seorang lagi pengguna Twitter, Shaiful Rizaidie telah memuat naik sekeping gambar yang menunjukkan Sajat bersama dua lagi rakan pondannya berpakaian kurta di lapangan terbang sekaligus menjawab pertanyaan netizen.
Sehingga kini, status jantina Sajat masih lagi menjadi tanda tanya dan bagaikan tiada jalan penyelesaian walaupun melibatkan pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sejak Januari 2018.