Pertama kali dalam sejarah, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap semua anggota parlimen hari ini dan esok.
Temuduga secara ‘personal’ semua Ahli Parlimen akan berlangsung di Istana Negara bersama Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah bermula petang ini.
Pengumuman dibuat oleh Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin di Istana Negara hari ini.
Dua sesi temuduga khas itu diadakan hari ini dan esok, setiap ahli Parlimen dipanggil seorang demi seorang.
Tun Dr Mahathir Mohamad difahamkan tidak terlibat berikutan Perdana Menteri Interim itu sudah mengadap baginda semalam.
Temu ramah itu akan dilakukan hari ini dan esok secara berperingkat bagi mengenal pasti Ahli Parlimen yang menjadi sokongan majoriti untuk dilantik sebagai Perdana Menteri ke-8.