Polis buru pemilik akaun Facebook bernama Kelvin Cao

0
3346

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan siasatan ke atas pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama Kelvin Cao kerana memuat naik kenyataan yang berbaur penghinaan kepada agama Islam.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman (Risikan dan Operasi), Datuk Mohd Roze Shaari berkata, siasatan dibuat Unit Siasatan Jenayah Terkelas Bukit Aman sejak 10 Februari lalu, lapor Sinar Harian.


Loading…

“Kes disiasat mengikut Seksyen 505(C) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia (AKM).

“Setakat ini belum ada tangkapan dibuat dan usaha mengesan individu terbabit masih giat dilakukan,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Terdahulu, satu akaun Facebook yang menggunakan nama Kelvin Cao tular selepas memuat naik kenyataan berbaur penghinaan kepada agama Islam.

Malah kenyataan terbabit turut diselitkan dengan ayat berbaur lucah hingga mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Sebelum ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mengingatkan bahawa tiada lagi amaran dikeluarkan terhadap pihak yang cuba membangkitkan sensitiviti perkauman, bangsa dan agama, sebaliknya mereka yang terbabit akan disiasat dan ditangkap serta-merta.

PERINGATAN: Malaysian Update tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Loading...
loading...