Connect with us

Terkini

Saya tidak terlibat dengan akuan sumpah – Tun M

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui tidak terlibat dengan sebarang Akuan Bersumpah (SD) untuk kekal memegang jawatan sebagai perdana menteri selama satu penggal.

Dr Mahathir berkata, laporan yang mengatakan terdapat satu SD yang mempunyai sokongan seramai 138 ahli parlimen supaya mengekalkan beliau sebagai Perdana Menteri, tidak melibatkan dirinya.

Loading…

Katanya, beliau sendiri hairan bagaimana wujudnya angka seramai 138 Ahli Parlimen menandatangani SD tersebut.

“Hari ini Pakatan Harapan (PH) mempunyai majoriti. Bagaimana boleh dapat angka 138 itu. Saya yakin ini orang lain punya kerja dan saya tidak tahu mereka boleh buat macam itu,” katanya ketika sidang media selepas Lawatan Tapak ke Projek Fasa 1, Rebungan Resort Langkawi di Padang Gaong, Mukim Ulu Melaka, hari ini.

Advertisement

Selasa lalu, Sarawak Report melaporkan sumber yang boleh dipercayai berkata, terdapat individu yang telah mengumpulkan ahli Parlimen dalam usaha menafikan keputusan PRU14.

Laporan itu turut mendakwa, ahli Parlimen yang setia kepada UMNO, Pas, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali telah diminta untuk datang ke Kuala Lumpur bagi menandatangani akuan berkanun itu untuk menyokong penangguhan peralihan kuasa Perdana Menteri kepada Anwar sehingga PRU akan datang.

Dalam pada itu, Dr Mahathir sekali lagi mengulangi pendiriannya berpegang kepada janji untuk melepaskan jawatan sebagai perdana menteri selepas Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC).

Katanya, beliau mendengar pelbagai cerita mengenai jawatan yang disandangnya.

“Ada yang sampai mahu saya jadi perdana menteri 20 tahun lagi, saya umur 94, beberapa bulan lagi umur 95. Mana boleh tahan untuk pegang jawatan PM,” katanya.

Advertisement

Terdahulu, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memuat naik hasil perbincangan pertemuannya bersama Dr Mahathir di akaun Twitter peribadinya.

Menurut Anwar, dalam pertemuan itu, beliau membangkitkan isu peralihan kuasa susulan terdapat laporan yang menyebut ada usaha daripada PAS, UMNO dan PKR yang dipercayai berusaha mendapatkan tandatangan (akuan berkanun – SD) menyokong kepimpinan Dr Mahathir sehingga akhir penggal.

Sumber: Sinar Harian

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel