Connect with us

Pilihan Editor

Tak boleh terima kenyataan Tun M, UMNO hanya tunggu kenyataan rasmi Istana Negara – Annuar

UMNO sedang menunggu kenyataan rasmi Istana Negara selepas Perdana Menteri interim, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan Yang di-Pertuan Agong tidak menemui mana-mana Ahli Parlimen yang memperoleh majoriti yang jelas untuk dilantik sebagai Perdana Menteri yang baharu.

Loading…

“Tiada apa-apa komen kerana UMNO tidak boleh menerima kenyataan Tun (Dr Mahathir). UMNO akan tetap menunggu kenyataan rasmi daripada istana sahaja,” kata Setiausaha Agungnya, Tan Sri Annuar Musa.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri mesyuarat khas bersama 180 Ketua UMNO Bahagian di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini,hari ini.

Menerusi pertemuan itu, Annuar berkata, ibu pejabat parti telah mengeluarkan arahan persiapan untuk jentera pilihan raya di semua peringkat selari dengan permohonan UMNO supaya Parlimen dibubarkan.

Advertisement

“Arahan ini berdasarkan keputusan Majlis Tertinggi dan Presiden supaya jentera pilihan raya (Barisan Nasional) di seluruh negara mula bergerak bersama-sama PAS, melalui Muafakat Nasional, untuk membuat persiapan pilihan raya,” katanya.

Mengulas ucapan Dr Mahathir dalam Perutusan Khas yang disiarkan secara langsung semalam, yang mengatakan bahawa beliau sanggup menerima ahli UMNO yang keluar daripada parti itu, namun tidak dapat menertima jika UMNO menyertai kerajaan campuran sebagai sebuah parti.

Annuar berkata: “UMNO amat memahami situasi yang sedang dilalui oleh Tun pada masa ini. Masalah yang sedang dihadapi negara pada masa ini sedikit sebanyak adalah berpunca daripada Tun sendiri.”

— BERNAMA

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel