Connect with us

Terkini

Tak setuju usul Pas Tun M kekal sepenggal, Umno cadang PH bawa usul tukar PM

UMNO Perlis mencadangkan agar parti kerajaan Pakatan Harapan (PH) membawa usul menukar Perdana Menteri di Dewan Rakyat sekiranya tidak bersetuju dengan usul dibawa Pas yang mahu mengekalkan Tun Dr Mahathir Mohamad sehingga tamat penggal.

Loading…

Pengerusi UMNO Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, ini bagi menamatkan pertikaian isu peralihan kuasa yang sering dibangkitkan secara berterusan oleh pelbagai pihak khususnya Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Menurutnya, alternatif lain termasuk membawa undi percaya terhadap kepimpinan Dr Mahathir sehingga Mei ini namun ia harus dilakukan di Dewan Rakyat.

“Saya cabar mereka bawa salah satu usul itu sekiranya mahu gantikan Dr Mahathir dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kalau undi memihak kepada Anwar tukarlah, kalau memihak kepada Dr Mahathir kekalkan beliau,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Advertisement

Shahidan berkata, untuk menguji kehebatan undi hanya dilakukan di Parlimen bukan di Majlis Presiden PH yang tidak ada kuasa menentukan peralihan jawatan Perdana Menteri.

“Sekarang ada tiga usul yang boleh dicadangkan, bahaslah dan pilih. Itu pun jika mereka tak mahu sokong usul dibawa Pas, jadi bawalah usul sendiri,” katanya.

Menurutnya, undi percaya bertempoh bukan sesuatu yang mustahil kerana ia pernah berlaku di Perlis sekitar tahun 1960-an ketika negeri itu ditadbir Menteri Besar, Tan Sri Sheikh Ahmad Mohd Hashim.

“Mungkin ramai tak ingat ia pernah berlaku di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis, dikenali gerakan seven up, yang menyaksikan Sheikh Ahmad digugurkan dan digantikan oleh Jaafar Hassan menerusi undi percaya bertempoh,” katanya.

Jumaat lalu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bertegas akan tetap membawa usul undi percaya kepada Dr Mahathir supaya terus diberi kepercayaan memimpin negara sehingga habis penggal, walaupun ada sesetengah pihak dilihat ‘penakut’ dengan tindakan parti itu.

Advertisement

Mengulas gesaan sesetengah pihak yang mahu tarikh peralihan kuasa ditentukan pada Majlis Presiden PH, Jumaat ini, Shahidan berkata, hanya Parlimen yang berhak tentukan siapa perdana menteri yang terajui negara.

“Rakyat tak peduli tentang hal itu, yang rakyat mahu adalah kerajaan buat kerja selesaikan masalah negara. Sebaliknya Majlis Presiden PH asyik kalut dengan isu peralihan kuasa, sepatutnya bincang hal negara,” katanya.

Menurutnya, pihaknya mempunyai keyakinan tinggi Dr Mahathir tidak akan melepaskan jawatan Mei ini seperti didesak beberapa pihak.

“Buat apa beliau jadi Perdana Menteri dalam tempoh singkat, hanya merosakkan imej beliau sahaja. Sekarang pun nama beliau terjejas sebab dikelilingi menteri yang tidak bijak urus negara, Dr Mahathir perlu diberi masa pulihkan semula imej. Beliau pemimpin yang hebat pada masa lalu, namun kini dikecam rakyat bila bersama PH,” katanya.

Terbaharu, Dr Mahathir mengulangi janjinya sebelum ini bahawa beliau akan meletakkan jawatan selepas Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) hujung tahun ini.

Advertisement

Sumber: Sinar Harian

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel