‘Tiada siapa peroleh sokongan majoriti, Agong serah kepada Parlimen’ – PM

0
5671

Perdana Menteri Interim menjelaskan, Yang di-Pertuan Agong mendapati tidak ada seorang pun pemimpin yang mempunyai majoriti mutlak untuk membentuk kerajaan oleh itu calon Perdana Menteri akan ditentukan pada Persidangan Khas Dewan Rakyat.


Loading…

Tun Mahathir berkata, perkara itu terpaksa dilakukan berikutan pertemuan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dengan ahli Parlimen tidak ada calon yang memperoleh sokongan majoriti.

“Jadi, Seri Paduka menitahkan bahawa forum yang betul untuk tentukan (calon Perdana Menteri) adalah di Dewan Rakyat,” jelas Tun Mahathir pada sidang media selepas mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 di Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini.

“Jadi parlimen akan bersidang pada 2 Mac (Isnin depan) untuk menentukan siapa mendapat sokongan majoriti di Dewan Rakyat untuk menjadi perdana menteri seterusnya.

“Bagaimanapun, jika Dewan Rakyat gagal menamakan pemimpin yang mempunyai majoriti, kita perlu mengadakan pilihan raya,” katanya lagi.

Terdahulu Tun Mahathir telah mengadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, Kuala Lumpur.

Yang di-Pertuan Agong sebelum itu telah mengadakan sesi ‘interview’ dengan semua ahli parlimen untuk menentukan siapa yang mempunyai majoriti untuk menjadi Perdana Menteri selepas Tun Mahathir meletak jawatan.

PERINGATAN: Malaysian Update tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Loading...
loading...