Connect with us

Terkini

Video jadi viral, wanita kereta ditunda tertekan, rakan mohon henti sebar video

Gelagat wanita meraung sambil meronta-ronta terhadap penguatkuasa majlis perbandaran tempatan menjadi perbualan hangat media sosial.

Menerusi video dua minit dimuatkan, wanita bertudung pada awal rakaman melemparkan kasutnya ke arah seseorang dan mengamuk seperti hilang akal.

Loading…

Bagaimanapun tiada maklumat lanjut diperoleh daripada pemuat naik video.

Wanita itu dirakam berkelakuan kasar dengan meludah dan memukul penguatkuasa yang menjalankan tugas menunda kenderaannya kerana kesalahan meletak kenderaan di kawasan tidak sepatutnya.

Advertisement

Kedengaran suara perakam menyatakan wanita yang baru keluar dari bank lalu menjadi marah selepas melihat keretanya hendak ditunda.

Beberapa ketika kemudian, wanita itu berjaya ditenangkan oleh seorang pegawai berpakaian preman lalu melepaskan kenderaannya.

Video tular dengan lebih 803,000 tontonan sejak dimuat petang semalam mendapat pelbagai reaksi warga maya.

Antaranya, Linda Anne Ensil menggesa supaya video berkenaan dipadamkan kerana wanita tersebut merupakan teman lamanya dan menderita masalah mental selepas kematian anak kedua beberapa hari sebelum kelahiran serta keruntuhan rumah tangga.

“Bekas suaminya tidak mahu bantu beliau ketika tempoh sukar tetapi memilih untuk tinggalkannya dan berkahwin lain serta membawa sekali anak pertama mereka.

“Kita tidak tahu kesukaran dilaluinya,” tulis Linda di komen.

Advertisement

Komen Linda juga disokong oleh Francis Ngu Hown Hua yang turut memuat naik sebuah hantaran lain dengan kempen “Kongsi dan bantu” sebagai tanda simpati kepada nasib wanita yang dikatakan bekas pensyarah kolej matrikulasi.

”Saya cuma cerita di sebalik tabir kehidupan kakak ini dan alasan kenapa dia bertindak macam itu.

“Oleh kerana ramai gelak-gelakkan dia sedangkan dia dalam keadaan yang sangat sengsara,” coret Francis, mengakui perbuatan melanggar undang-undang menjadi satu kesalahan.

Kebanyakan warga maya menyokong kempen Francis dalam hantaran yang mendapat 8,600 tanda suka dengan mengulanginya dalam di ruang komen.

Video: Perempuan Mengamuk Kereta Kena Tarik

Advertisement

Segelintir pihak pula terhibur kerana merasakan tindakan wanita itu mungkin boleh dipertimbangkan untuk melepaskan diri sekiranya berdepan situasi serupa.

Video berkenaan bagaimanapun sudah dipadam pihak berkenaan. – Projek MM

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel