Connect with us

Terkini

[VIDEO]‘Isteri arwah sendiri yang mahu keluar dari rumah’ – Ali mula cerita perkara sebenar

Sejak semalam, timbul isu pembahagian harta arwah Abam Bocey antara adik arwah, Ali Puteh dengan balu arwah, Siti Nurhidayah Mohd Ali.

Isu itu dikatakan berpunca daripada satu temubual Aliff Syukri bersama balu arwah, semalam.

Loading…

Disebabkan itu, Ali telah memuat naik status di laman Instagram miliknya ditujukan kepada kakak iparnya itu.

Tulisannya agak keras dan telah pun dipadam oleh Ali.

Advertisement

Namun begitu, ramai netizen masih tidak berpuas hati dan terus meninggalkan komen di laman Instagram Ali.

Menerusi satu perkongsian video oleh Facebook Ria X, Ali telah menjelaskan apa yang telah berlaku sebenarnya.

Menurut Ali, isu yang dibangkitkan sebenarnya sudah pun dibincangkan bersama-sama Hidayah.

Antaranya adalah berkaitan dua buah kereta milik arwah iaitu Velfire dan Myvi.

Selain itu, isu dompet arwah yang dipegang oleh Ali kerana menurutnya ada pelbagai urusan perlu diselesaikan dahulu.

Advertisement

Mengulas isu keluar dari rumah, Ali memberitahu itu adalah keputusan Hidayah sendiri yang mahu keluar dari rumah tersebut pada hari keenam kematian arwah.

Malah menurut Ali lagi, anak arwah telah dibawa ke klinik menaiki kereta Myvi dan bukannya Grab seperti yang didakwa.

Sehingga kini masih tiada sebarang penjelasan dari pihak balu arwah berkenaan isu ini.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel