Connect with us

Terkini

Waris terdekat bersuara, mohon ibu bapa Sajat kembali ke pangkal jalan

MEDIA sosial hari ini kecoh apabila Nur Sajat berkongsi foto dan video ketika mengikuti rombongan mengerjakan umrah di Makkah bersama keluarga dan rakan-rakan dengan berpakaian wanita.

Perkara itu menimbulkan rasa kurang senang bukan sahaja dalam kalangan netizen tetapi juga ahli keluarga usahawan kosmetik itu.

Loading…

Menerusi perkongsian di Facebook, seorang wanita yang memperkenalkan dirinya sebagai sepupu Sajat mahu ibu dan bapa saudaranya menasihati anak lelaki mereka agar kembali ke pangkal jalan.

Video: Sajat Menunaikan Umrah Pakai Telekung!! Apa Sudah Jadi??

Advertisement

Video: Lagi video Sajat pergi umrah berpakaian wanita

Nurnilam Sari berkata, dia dan saudara mara lain tidak mahu bersuhabat dalam perkara yang dilaknat Allah itu selain menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan lanjut terhadap sepupunya itu.

Terdahulu Sajat menerusi laman sosialnya meluahkan rasa syukur apabila rombongan ke Tanah Suci bersama ahli keluarga dan anak angkatnya berjalan lancar dan dipermudahkan.

Perkongsian Sajat mencetuskan pelbagai andaian dalam kalangan netizen.

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel