Connect with us

Pilihan Editor

‘Abah’ kembali beraksi, dari Mantan Menteri Belia Dan Sukan kini dilantik Jadi Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi

Terkenal dengan aura dan karisma tersendiri, Khairy Jamaluddin mempunyai rekod yang baik ketika menyandang jawatan Menteri Belia dan Sukan pada 2013 hingga 2018.

Dikenali sebagai KJ dalam kalangan masyarakat figura berusia 44 sekali lagi diangkat sebagai salah seorang barisan Kabinet kali ini sebagai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.

Loading…

Bapa kepada tiga cahayamata ini membina kerjaya politik sebagai Ahli Parlimen Rembau apabila memenangi kerusi Parlimen Rembau pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) pada 2008.

Malah menantu kepada Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi ini ‘terselamat’ ketika ‘tsunami rakyat’ pada PRU14 lalu dan masih memegang jawatan sebagai ahli Parlimen kawasannya sehingga sekarang.

Advertisement

Tidak kekok beraksi di hadapan kamera sebagai model, pengacara dan pelakon, lulusan BA (Hons) Philosophy, Politics and Economics dari St. Hugh College, University of Oxford ini mempunyai pakej lengkap sebagai pemimpin utama negara di masa depan.

Sepanjang khidmat sebagai Menteri Belia dan Sukan, pemimpin yang rapat dengan jiwa anak muda ini memperkenalkan program Fit Malaysia pada 2014 dan dasar tersebut masih diteruskan pada pemerintahan Pakatan Harapan (PH).

Bekas Ketua Pemuda UMNO ini juga terkenal dengan bicara lantangnya di media sosial. Beliau antara pemimpin yang aktif di IG dan Twitter malahan mempunyai jutaan pengikut dan pernah dianugerah Wired Celebrity Award by Shout! Awards pada tahun 2013.

Turut aktif dalam pasukan Wataniah, beliau merupakan Kolonel Sukarela Askar Wataniah dan dianugerah Komander Rejimen 508 AW Askar Wataniah pada 2014.

— BERNAMA

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel