Connect with us

Pilihan Editor

Covid 19: Malaysia catat kematian keempat

Malaysia hari ini mencatatkan kes kematian keempat disebabkan Covid-19 membabitkan seorang lelaki berusia 50 tahun daripada kluster jemaah tabligh.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, kes positif koronavirus (Covid-19) mencatat peningkatan apabila 153 kes baharu dilaporkan setakat 12 tengah hari tadi menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 1,183 kes.

“Berdasarkan siasatan awal, daripada jumlah itu sebanyak 90 kes adalah berkaitan dengan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling.

“Sehingga kini, seramai 37 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) termasuk 23 kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya.

Loading…

Sementara itu terdapat 153 kes jangkitan baru di negara ini, menjadikan jumlah keseluruhan menjadi 1,183 dimana 90 kes setakat ini mempunyai kaitan dengan perhimpunan tabligh yang diadakan di masjid di Sri Petaling, Kuala Lumpur hujung bulan lalu.

Advertisement

KKM juga memaklumkan bahawa sehingga kini, 19 kakitangan KKM dan 5 petugas daripada fasiliti kesihatan swasta telah disahkan dijangkiti Covid-19.

Dua daripada 19 orang kakitangan KKM tersebut kini sedang dirawat di ICU.

KKM juga menegaskan bahawa kesemua 19 anggota kesihatan mereka yang dijangkiti bukan disebabkan oleh ketidakpatuhan semasa mengendalikan kes Covid-19 di peringkat fasiliti masing-masing.

“Hasil siasatan yang dijalankan mendapati kesemua mereka merupakan kontak rapat generasi pertama dan kedua melibatkan kluster jemaah tabligh,” kata kenyataan itu.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel