Connect with us

Pilihan Editor

Polis tahan, iringi jemaah tabligh buat ujian saringan COVID-19

Seorang wanita dan  tiga jemaah tabligh termasuk seorang yang disyaki menyertai perhimpunan di Masjid Sri Petaling, Kuala Lumpur baru-baru ini ditahan polis ketika cuba melarikan diri daripada satu sekatan jalan raya Perintah Kawalan Pergerakan, di Jalan Sultan Azlan Shah, dekat sini hari ini.

Setelah ditahan kira-kira jam 6.30 petang itu, kesemua mereka diiringi ke Klinik Kesihatan Bayan Baru untuk tapisan  COVID-19.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt A.A Anbalagan berkata polis menahan sebuah kereta Proton Waja dinaiki tiga lelaki dan seorang wanita yang dalam keadaan mencurigakan.

Loading…

Apabila diperiksa dan ada antara mereka cuba melarikan diri, anggota polis terpaksa menahan semua mereka yang berusia antara 27 hingga 56 tahun.

“Pemeriksaan awal, seorang daripada tiga lelaki itu mengaku menghadiri perhimpunan di Masjid Sri Petaling dan dia tidak membuat pemeriksaan kesihatan selepas pulang dari perhimpunan tersebut,” katanya.

Advertisement

Dalam perkembangan lain, polis membuka kertas siasatan berhubung tindakan seorang doktor sebuah klinik swasta yang enggan mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan dan tetap mahu bersenam di Taman Bandaraya, di sini semalam walaupun penguat kuasa Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) telah mengarahkannya beredar dari situ.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong berkata dalam kejadian kira-kira pukul 6 petang semalam itu, lelaki berusia 60-an itu bersenam di Taman Bandaraya tersebut dan tindakannya dikesan penguat kuasa MBPP yang membuat rondaan di kawasan tersebut sebelum menasihatkannya beredar dari situ.

“Namun, doktor itu enggan beredar malah memberi alasan mahu bersenam kerana menjaga kesihatan dan mendakwa Taman Bandaraya itu adalah lokasi awam untuk orang ramai beriadah jadi tiada halangan untuk dia berbuat demikian. Berikutan itu penguatkuasa MBPP membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

— BERNAMA

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel