Connect with us

Pilihan Editor

Dr Mahathir: ‘Kita berdepan dengan bencana amat dahsyat’

BEKAS Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkongsi pengalaman beliau dikuarantin susulan penularan wabak Covid-19 dan bagaimana beliau menjadi kontak individu yang dijangkiti serta masa depan ekonomi yang suram akibat pandemik itu dalam blognya, Chedet.

Bertajuk Kuarantin, Dr Mahathir yang menjalani kuarantin sendiri berkata, ia bermula pada 12 Mac ketika beliau bertemu sekumpulan Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) yang masih muda dan meminta untuk bergambar dengannya sebelum pulang.

“Mereka mengerumuni saya serta berdiri rapat-rapat untuk bergambar,” katanya sambil menambah bahawa lima hari kemudian, pembantunya Sufi Yusoff menunjukkan gambar itu dan berkata seorang daripada MP dari Sarawak itu diuji positif bagi Covid-19.

Loading…

“Saya tidak terlalu memikirkan perkara itu. Saya berasa sihat. Malah ramai yang mengunjungi saya berkata saya nampak sihat. Bagaimanapun pihak berkuasa berfikir sebaliknya. Sepasukan doktor dan jururawat datang ke Yayasan Kepimpinan Perdana di mana saya sedang bekerja dan menghentikan saya semasa saya ingin pulang ke rumah untuk makan tengah hari.

“Mereka mengambil sampel dan memaklumkan bahawa saya perlu menjalani kuarantin selama 14 hari daripada tarikh kontak,” kata beliau dalam blog itu.

Advertisement

Dr Mahathir berkata, Covid-19 adalah penyakit berjangkit serta boleh membawa maut dalam beberapa kes dan untuk membendung penularan jangkitan virus itu, orang ramai perlu diasingkan dan mengelak melakukan perjalanan.

Bagaimanapun, terdapat kelemahan dalam langkah menghentikan perjalanan ke Malaysia kerana industri pelancongan adalah penjana pertukaran asing kedua terbesar selepas petroleum, oleh itu kerajaan akan kehilangan pendapatan yang banyak.

“Syarikat penerbangan dan industri pelancongan akan mengalami kerugian. Hotel, pengangkutan darat, restoran juga akan kerugian. Pekerja akan menderita kerana mereka mungkin dibuang kerja. Majikan mereka tidak mampu menjana pendapatan yang mencukupi untuk membayar gaji mereka,” katanya.

Beliau turut mengetengahkan kesan Covid-19 ke atas industri petroleum susulan harga bagi satu tong merosot lebih 50 peratus yang akan mengurangkan pendapatan kerajaan kepada RM30 bilion.

Pakej rangsangan ekonomi susulan penularan wabak Covid-19 membabitkan peningkatan perbelanjaan kerajaan selain menyaksikan penurunan dalam kutipan cukai dan pada masa sama, meskipun sekatan perjalanan separa dikenakan, langkah itu akan mengurangkan perniagaan dan hasil, yang sekali lagi menjejaskan pendapatan kerajaan.

Advertisement

Keadaan lebih teruk dihadapi oleh perusahaan kecil dan kerajaan mungkin terpaksa menghulurkan bantuan kewangan kepada mereka, katanya.

Apa yang berlaku di Malaysia turut berlaku di seluruh dunia dan akan berlaku kemelesetan ekonomi di seluruh dunia, malah negara-negara kaya akan turut terjejas.

Beliau menamatkan hantaran di blognya dengan menyatakan bahawa “Sememangnya kita semua sedang berdepan dengan satu bencana yang amat dahsyat.” – Harian Metro

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel