Connect with us

Pilihan Editor

Covid 19: Malaysia catat kematian ke-17 hari ini

Seorang warga emas menjadi satu lagi korban Covid-19 yang dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kebangsaan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia sebanyak 17 orang setakat ini.

Menurut Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Datuk Dr Noor Hisham Abdullah kes kematian ke-17 adalah kes positif ke-1,251 iaitu membabitkan warganegara Malaysia berusia 60 tahun dengan latar belakang penyakit kronik.

Loading…

“Dukacita dimaklumkan sehingga kini terdapat satu lagi pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 yang telah dilaporkan kepada CPRC Kebangsaan.

“Beliau mula menunjukkan gejala seminggu sebelum dimasukkan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar pada 20 Mac 2020,” katanya menerusi laman Facebook (FB).

“Kesihatannya merosot hari demi hari dan telah disahkan meninggal dunia pada 25 Mac 2020 jam 4.10 pagi,” katanya dalam satu hantaran di Facebooknya sebentar tadi.

Advertisement

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut mengucapkan takziah kepada ahli keluarga pesakit.

“Punca jangkitan Covid-19 beliau masih dalam siasatan. KKM mengucapkan takziah kepada ahli keluarga pesakit,” katanya.

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel