Categories: Terkini

Disyaki meninggal akibat Covid-19, keluarga peluk & cium sebelum dikebumikan

Sebuah video  yang memaparkan jenazah Pesakit dalam Pengawasan (PDP) Covid-19 di Daerah Kolaka, Indonesia telah tular di laman media sosial. Sebelum ini, wanita berusia 32 tahun itu meninggal dunia di Hospital Bahteramas di Sulawesi Tenggara, Isnin  lalu.

Dalam video tersebut, kedengaran teriakan tangisan semasa jenazah wanita itu sampai di rumah pengebumian. Jenazah PDP telah dibawa dari hospital Bahteramas menuju ke Kabupaten Kolaka dengan menggunakan kereta persendirian milik seorang ahli keluarga.

Sebelum jenazah dihantar ke rumah, jururawat dan doktor hospital melakukan tindakan antisipatif dengan menentukan kemungkinan virus itu tersebar. Doktor membungkus jenazah wanita tersebut dengan plastik sebelum dibawa pulang oleh pihak keluarga. Wanita itu mempunyai sejarah perjalanan menunaikan Umrah.

Loading…

Pengarah Hospital Kendari Bahteramas, Dr Sjarif Subijakto, menyatakan bahawa pesakit telah cuba dirawat mengikut SOP namun keluarganya menolak untuk diberikan keranda dan dihantar oleh ambulans apabila mayat dibawa ke rumah.

“Ya kami terpaksa membuat kenyataan, jika ada apa-apa yang berlaku nanti, keluarga yang akan menanggung akibatnya kerana hospital sudah memaksa,” kata Sjarif.

Advertisement

Tidak sampai di situ, dalam satu lagi video lain, ternyata lilitan plastik dan pita pelekat pada jenazah juga dilepaskan oleh pihak keluarga sebelum dimakamkan. Beberapa orang dilihat mencium dan memeluk jenazah.

Doktor forensik Sulawesi Tenggara, Dr Mauluddin berkata apa yang dilakukan oleh pihak hospital sudah mengikut prosedur.

“Mudah-mudahan bukan positif Covid-19. Namun, pita plastik itu berfungsi untuk memutuskan potensi rantaian penularan virus terhadap orang di sekeliling,” katanya.

Menurut Ketua Pasukan Petugas Koordinasi Covid-19 Sulawesi Tenggara, La Ode Rabiul Awal, dia tidak mahu meneka mengenai keadaan pesakit. Apabila diisytiharkan meninggal dunia, dia menjadi suspek Covid-19.

Sumber: Liputan 6

Advertisement

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

6 hours ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

7 hours ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

1 day ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

2 days ago

Ketua Polis Negara sahkan Papagomo ditahan

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan Wan Muhammad Azri Wan Deris… Read More

4 days ago

QSR Brands Tutup Sementara Lebih 100 Cawangan KFC

KUALA LUMPUR (Bernama) -- QSR Brands (M) Holdings Bhd, pemegang francais restoran KFC di Malaysia,… Read More

4 days ago