Connect with us

Jenayah

Perakam video ‘kenduri kepala kambing’ mengaku salah

Seorang lelaki yang juga tukang rumah hari ini mengaku bersalah atas tuduhan merakam dan memuat naik sebuah video mempertikaikan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) melalui WhatsApp di Mahkamah Sesyen, Alor Setar.

Tertuduh, Mohd Naim Md Isa, 49, membuat pengakuan terbabit selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Juraidah Abbas.

Memetik laporan Sinar Harian, mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu antara jam 12.30 tengah hari pada 19 Mac hingga jam 2 petang pada 20 Mac lalu melalui aplikasi WhatsApp di telefon miliknya.

Loading…

Dia didakwa dengan sedar telah membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang jelik iaitu ‘kuarantin kepala bapak’ sebanyak dua kali di dalam video berdurasi 57 saat dengan niat untuk menganiayai orang lain.

Junaidah membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM6,000 dan sebutan semula kes berkenaan ditetapkan pada 11 Mei depan.

Advertisement

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata, suspek dituduh mengikut Seksyen 233 ( 1 ) ( a ) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 ( Akta 588 ] dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233 ( 3 ) akta yang sama.

Beliau berkata, pertuduhan yang bersesuaian untuk seorang lagi tertuduh masih dikaji.

Terdahulu pada jumaat lalu, polis menahan seorang lelaki yang disyaki memuat naik video berdurasi 57 saat memaparkan orang ramai hadir majlis kenduri dan menikmati kepala kambing di sebuah rumah ketika Perintah Kawalan Pergerakan dikuatkuasa.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel