Connect with us

Terkini

Tiada perintah berkurung di Hilir Perak – Pejabat MB

Tular sejak semalam yang menyatakan akan berlaku perintah berkurung di daerah Hilir Perak berikutan penularan wabak Covid-19 adalah tidak benar, demikian menurut Pejabat Menteri Besar Perak.

“Pejabat Menteri Besar Perak dengan ini menafikan kandungan mesej-mesej yang tular sejak semalam,” menurut kenyataan itu di Ipoh, hari ini.

Orang ramai dinasihatkan supaya menyemak sebarang maklumat yang diterima dengan pihak berkuasa dan tidak menyebarkan berita palsu serta tidak sahih.

Loading…

Tular di aplikasi WhatsApp itu menyebut perintah berkurung akan dibuat di daerah Hilir Perak, Ahad ini disebabkan ia salah satu daerah dikategorikan sebagai zon merah wabak Covid-19.

Setakat pukul 12 tengah hari semalam, sebanyak 159 kes positif Covid-19 direkodkan di Perak dengan 11 daripada 12 daerah mempunyai kes jangkitan.

Advertisement

Hilir Perak dan Kinta dikategorikan sebagai zon merah, manakala Kampar satu-satunya daerah yang masih tidak mempunyai kes positif Covid-19.

– Bernama

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel