Connect with us

Jenayah

Wanita hina polis di Facebook ditahan

Tindakan seorang wanita berusia 20 tahun memuat naik status menghina polis di media sosial, Facebook mengundang padah apabila dia dicekup polis malam tadi.

Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintendan Arriz Sham Hamezah berkata, wanita yang bekerja sebagai pembantu kedai makan itu ditahan 11.30 malam tadi di rumahnya di kawasan Pendang.

Beliau berkata, wanita itu dikatakan marah selepas polis menasihatinya supaya pulang ke rumah ketika anggota terbabit sedang bertugas melakukan pemantauan Ops Covid-19 di tepi jalan Pendang-Kobah, Batu Menunggul, 9 malam tadi, lapor Harian Metro.

Loading…

“Tangkapan terhadap wanita itu dilakukan berikutan maklumat yang diterima dari seorang pengadu yang memaklumkan menerima maklumat dari aplikasi WhatsApp dari rakannya 10.12 malam tadi.

“Rakannya memberitahu ada status bergambar yang dimuat naik dari Facebook pemilik bernama Sahira Eyraa,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Advertisement

Arriz Sham berkata, suspek ditahan untuk membantu siasatan dan direman selama dua hari bermula hari ini untuk membantu siasatan.

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel