Connect with us

Mahkamah

Nursahira hina polis didenda RM10,000, penjara 3 bulan

Mahkamah Sesyen Alor Setar, hari ini, menjatuhkan hukuman denda RM10,000 dan penjara tiga bulan ke atas seorang pembantu kedai atas kesalahan mengeluarkan komunikasi jelik pada 27 Mac lalu.

Tertuduh, Nursahira Mohd Mizuar, 20, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Murtazadi Amran.

Mengikut kertas pertuduhan, Nursahira melalui Facebook secara sedar membuat dan memulakan komunikasi jelik dengan niat menganiaya orang lain di sebuah rumah di Persiaran Kiara Mas, Pendang, pada jam 10.12 malam, 27 Mac lalu, lapor Harian Metro.

Loading…

Dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Murtazadi mengarahkan hukuman ke atas Nursahira bermula pada tarikh dia ditahan dan sekiranya gagal membayar denda, tertuduh akan dihukum penjara dua bulan.

Advertisement

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Aqharie Durranie Aziz manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Dalam kejadian 27 Mac lalu, seorang wanita ditahan polis jam 11.30 malam, selepas dia memuat naik status menghina polis di media sosial miliknya.

Wanita itu dikatakan memuat naik status itu selepas marah dengan tindakan polis mengarahkannya pulang ke rumah ketika anggota terbabit melakukan pemantauan Ops Covid-19 di tepi jalan Pendang-Kobah, Batu Menunggul, kira-kira jam 9 malam.

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel