Connect with us

Pilihan Editor

7 individu didakwa guna IC palsu dalam pemilihan cawangan Bersatu

Jawatankuasa Pemilihan Bersatu Selangor membuat laporan polis selepas mendapati tujuh individu menggunakan kad pengenalan palsu dalam pengundian pemilihan Bersatu cawangan Pandamaran, dekat Klang, hari ini.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, ACP Shamsul Amar Ramli berkata laporan polis berkenaan dibuat oleh wakil jawatankuasa berkenaan.

Loading…

Katanya, pengadu mendapati terdapat tujuh individu telah mengemukakan kad pengenalan yang menggunakan nombor dan nama yang palsu pada sesi pemilihan Bersatu cawangan Pandamaran petang tadi.

“Kes disiasat dibawah Sek. 419 KK (Menipu dengan jalan samaran),” katanya dalam satu kenyataan di Klang.

Advertisement

Sementara itu, menurut sumber parti berkenaan, perbuatan mengundi menggunakan kad pengenalan palsu itu berjaya dikesan sewaktu pemberian kertas undi.

“Individu ini menggunakan kad pengenalan yang palsu, kad pengenalan tertera nama orang lain yang dilekatkan di atas kad pengenalan tersebut,” katanya.

– Bernama

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel