Anggota polis ‘pergi’ buat selamanya selepas terjatuh semasa berehat ketika Op Covid-19

0
6902
Foto BH Online

Menerusi satu hantaran di laman rasmi Polis Kota Setar, memaklumkan seorang anggota polis telah meninggal dunia selepas terjatuh semasa sedang berehat selepas terlibat dalam operasi Op Covid-19.

Allahyarham Koperal Mohd Masri Maguni dari Balai Polis Anak Bukit telah terjatuh ketika berehat selepas bertugas di sekatan jalan raya Op Covid-19 pada 21 Mac yang lalu.


Loading…

Kejadian dikatakan berlaku sebelum Allahyarham kembali menyambung tugasan seterusnya.

Memetik BH Online, Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin, berkata anggota terbabit, Koperal Mohd Masri Maguni, 58, yang bertugas di Balai Polis Kepala Batas meninggal dunia pada jam 5.20 pagi tadi, selepas tiga hari menerima rawatan.

Mohd Rozi berkata, anggotanya itu meninggal dunia bukan akibat dijangkiti COVID-19 tetapi mengalami tekanan darah tinggi.

Lantaran itu, orang ramai mengucapkan takziah buat keluarga Allahyarham dan mendoakan buat roh beliau.

PERINGATAN: Malaysian Update tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Loading...
loading...