Connect with us

Pilihan Editor

Anwar: Tun M bukan lagi anggota PH

Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bukan lagi Pengerusi atau sebahagian daripada Pakatan Harapan (PH).

Beliau membeitahu, Pakatan harapan ketika ini hanya dianggotai oleh PKR, DAP dan Parti Amanah Rakyat dan mesyuarat pagi tadi hanya dihadiri oleh ketiga-tiga parti itu.

“Soalan ini kamu perlu tanya beliau (Tun Mahathir). Beliau barangkali mengubah minda esok. Saya harap beliau konsisten dan setahu saya dalam perbincangan Pakatan Harapan pagi ini hanya disertai oleh Keadilan, DAP dan Amanah.

Loading…

“Bersatu mengambil keputusan untuk meninggalkan parti,” katanya ketika ditanya mengenai kedudukan Dr Mahathir dalam PH.

Bagaimanapun, kata Anwar, yang juga Ahli Parlimen Port Dickson, beliau bersedia untuk bekerjasama dengan semua pihak termasuk Dr Mahathir.

Advertisement

Menurutnya,  Ahli Parlimen Langkawi itu ada menjemput beberapa pemimpin PH untuk bertemu hari ini, namun beliau tidak dapat hadir memandangkan terpaksa hadir sidang media ini.

Pada 24 Februari lalu, Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu mengumumkan keluar daripada PH. 

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin memberitahu, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat khas. – Astro Awani

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel