Connect with us

Pilihan Editor

Covid-19: Polis buru 3,800 jemaah tabligh bermula hari ini

Polis Diraja Malaysia hari ini mula memburu baki kira-kira 3,800 jemaah tabligh yang dikenal pasti seluruh negara yang masih belum menjalani ujian saringan Covid-19.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob berkata pihak polis sudah mempunyai senarai nama lengkap jemaah tabligh yang menghadiri perhimpunan di Masjid Sri Petaling di Petaling Jaya, akhir bulan lepas.

Loading…

“Lebih 3,800 jemaah tabligh ini bukan sahaja rakyat Malaysia tetapi terdiri daripada rakyat Rohingya dan pendatang tanpa izin.

“Mereka tidak perlu takut untuk tampil ke hospital menjalani ujian saringan walaupun tidak mempunyai pasport …yang penting mereka dapat diselamatkan,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan sekatan jalan raya pada penugasan Op Joint Patrol Covid-19 PDRM ATM di Jalan Ampang, susulan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan.

Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan, turut menasihatkan jemaah tabligh terbabit untuk tampil sebelum pollis mengesan mereka di kediaman masing-masing.

Advertisement

Setakat ini 14 kematian akibat Covid-19 direkod, dan daripada jumlah itu lapan daripadanya merupakan kluster perhimpunan tabligh.

-Bernama

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel