Connect with us

Pilihan Editor

”I Love You..” Tun Hasmah menangis peluk Tun Mahathir

Tindakan spontan Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali memeluk bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad selepas sidang media khas di Yayasan Al Bukhary di Kuala Lumpur, hari ini, menyentuh perasaan ramai.

Loading…

Dalam video berdurasi seminit itu, Dr Mahathir dilihat terkejut dengan reaksi isterinya dan cuba mengelak daripada dipeluk, namun akhirnya akur apabila dipeluk erat Dr Siti Hasmah dari sisi kanan dan seolah-olah enggan melepaskannya.

Video itu juga menunjukkan bekas Perdana Menteri ke-7 kelihatan segan di hadapan ramai orang yang mengelilinginya ketika isterinya memeluknya namun orang ramai yang berada di sekeliling meminta beliau turut memeluk isterinya.

Dr Mahathir akhirnya membalas pelukan isterinya sebagai tanda ‘terima kasih’.

Advertisement

Video tersebut mendapat pelbagai reaksi dalam kalangan rakyat yang menyifatkan ia sesuatu yang cukup menghibakan, namun tetap mengucapkan terima kasih di atas segala pengorbanan Dr Mahathir sepanjang beliau menerajui negara.

Dr Siti Hasmah dipercayai berbuat demikian bagi menenangkan suaminya selepas krisis politik yang melanda sepanjang minggu ini.

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel