Connect with us

Pilihan Editor

Individu beli makanan 4 kali sehari antara ditahan ingkar PKP

Seorang individu yang mendakwa dia keluar rumah untuk membeli makanan antara yang ditangkap kerana melanggar perintah kawalan pergerakan (PKP), kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Walaupun PKP membolehkan seorang individu iaitu ketua keluarga untuk keluar dan membeli makanan dan barang keperluan, Ismail berkata individu itu ditangkap kerana berbuat demikian beberapa kali dalam masa sehari.

“(Dia beri) alasan untuk beli makanan tetapi keluar rumah empat kali sehari.

“Orang yang sama sampai polis boleh cam muka dia. Pagi keluar, tengah hari keluar, petang keluar, malam keluar, dengan alasan nak beli makanan.

Loading…

“Jadi polis syak dia bukan nak beli makanan, tetapi cuma nak keluar (rumah),” katanya yang juga menteri kanan.

Advertisement

Katanya, individu itu hanyalah satu contoh daripada 649 tangkapan yang dibuat semalam, iaitu hari kesepuluh PKP berkuatkuasa.

Secara keseluruhan, beliau berkata polis dan tentera mengadakan 997 sekatan jalan raya dan memeriksa 301,938 kenderaan.

Selain itu, katanya lagi, sejumlah 3,223 premis perniagaan diperiksa, dengan ada yang diarahkan tutup kerana tidak termasuk dalam kategori perkhidmatan penting.

Berkenaan bekalan makanan, Ismail berkata tinjauan oleh pasukan petugas khas Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri terhadap 27 pasar raya mendapati bekalan makanan asas senang diperolehi.

“Tapi saya ingin tekankan satu perkara, apabila kita (kerajaan) berkata bekalan beras mencukupi, ia merujuk kepada beras (secara keseluruhan) dan bukan jenama tertentu.

“Mungkin ada orang suka beras jenama A. Jika ia tak ada, tidak bermakna ada kekurangan bekalan,” katanya lagi.

Advertisement

Ismail juga mengulang kembali gesaan agar NGO menyalurkan bantuan menerusi pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat yang terdekat, selaras dengan nasihat Kementerian Kesihatan bagi melindungi keselamatan mereka.

Maklum dengan bantahan meluas daripada NGO, Ismail berkata kerajaan sanggup mengadakan perbincangan berkenaan cara untuk menambah baik prosedur sedia ada.

Sumber: Malaysiakini

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel