Connect with us

Mahkamah

Kes tipu: ‘Dr Erin’ dihadap ke Mahkamah

Isteri juara program Da’i musim kedua dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini, atas tuduhan menipu seorang wanita.

Loading…

Noorainul Naqim Mohd Radzi, 40, yang lebih dikenali sebagai “Dr Erin” yang juga isteri kepada Nik Ahmad Farhan Nik Muhamad bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret, Wong Chai Sia.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh pada 21 Disember 2017 hingga 26 Februari 2018, bertempat di 9-2-1 Kelompok Nuri B, Taman Keramat, Wangsa Maju mendorong Norsiha Aala untuk serahkan wang RM10,050 untuk Sijil Halal dan pengiktirafan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi produk miliknya.

Tertuduh dituduh mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan (KK) kerana menipu yang sabit kesalahan boleh dihukum penjara selama kurang setahun dan tidak melebihi 10 tahun dengan sebat serta denda.

Advertisement

Timbalan Pendakwa Raya, Wan Ahmad Hakimi Wan Ahmad Jaafar menawarkan jaminan sebanyak RM10,000 kepada mahkamah.

Peguam bela, Sheik Abdullah Abdul Malik dalam rayuannya memohon mahkamah untuk mengurangkan jaminan memandangkan anak guamnya penanggung tunggal lapan anak berusia lima hingga 19 tahun.

“Suami tertuduh juga hadir di mahkamah hari ini bagi menjadi penjamin,” katanya.

Majistret kemudian memerintahkan tertuduh membayar jaminan sebanyak RM4,000 dan menetapkan 3 April ini untuk serahan dokumen.

Memetik portal Harian Metro, isteri juara program Da’i itu ditahan polis di pejabatnya di Desa Melawati di Kuala Lumpur selepas dipercayai menipu seorang pelanggan bagaimanapun Da’i Farhan yang ditemui di mahkamah enggan mengulas lanjut.

Advertisement

Mangsa pernah berurusan dengan tertuduh pada 2017 yang menjanjikan menguruskan sijil halal Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) dan sijil KKM bagi produk jamu namun sehingga tahun lalu tiada proses dijalankan dan mangsa berasa tertipu.

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel