Connect with us

Pilihan Editor

K’jaan beri bantuan tunai RM1,600 kepada 4 juta isi rumah

Kerajaan bersetuju memberi bantuan sebanyak RM1,600 secara ‘one-off’ kepada empat juta isi rumah berpendapatan bulanan RM4,000 ke bawah.

Selain itu, kerajaan turut bersetuju memberi bantuan RM1,000 secara ‘one-off’ kepada 1.1 juta isi rumah berpendapatan antara RM4,000 hingga RM8,000 sebulan.

Memetik Harian Metro, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Bantuan Prihatin Nasional, iaitu pemberian tunai secara one-off itu membabitkan peruntukan hampir RM10 bilion, dan buat pertama kalinya akan disalurkan juga kepada kumpulan M40.

Loading…

“Mereka ini termasuk pekerja swasta, peneroka Felda, petani, nelayan, peniaga kecil dan semua yang tergolong dalam kumpulan M40 dan ke bawah,” katanya ketika mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) berjumlah RM250 bilion, tadi.

Beliau berkata, bagi isi rumah yang berpendapatan bulanan RM4,000 dan ke bawah bayaran RM1,000 akan dibayar pada April dan RM600 pada Mei.

Advertisement

Menurutnya, isi rumah berpendapatan antara RM4,000 hingga RM8,000 sebulan, pembayaran sebanyak RM500 akan dibuat pada April dan baki RM500 bulan Mei.

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel