Connect with us

Terkini

Laksana semula GST tapi pada kadar lebih rendah

Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) menyarankan kerajaan agar menimbang semula pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dengan kadar lebih rendah iaitu tiga peratus ke bawah serta menggantung bayaran Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) untuk sementara waktu.

Loading…

Presidennya Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai berkata langkah itu dapat merangsang semula perkembangan ekonomi dalam negara.

“Pengecualian cukai keuntungan industri korporat dan swasta juga perlu dilaksanakan sehingga keadaan ekonomi pulih,” katanya dalam kenyataan di sini yang menzahirkan ucapan tahniah kepada barisan Kabinet baharu.

Hari ini, kesemua 31 menteri kabinet mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Melawati.

Advertisement

Majlis itu berlangsung susulan pengumuman barisan Jemaah Menteri baharu oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam.

Lau juga meminta kerajaan Perikatan Nasional membantu menjana pendapatan rakyat dengan meningkatkan pengeluaran semua industri domestik bagi menggalakkan perkembangan ekonomi Malaysia.

“Tingkatkan peruntukan dan bantuan sara hidup sehingga RM1,500 kepada individu dan seisi keluarga untuk meringankan beban rakyat dalam menghadapi tekanan kos sara hidup,” katanya.

Meletakkan harapan tinggi kepada kerajaan, Lau mahu kerajaan segera menggalas tanggungjawab menangani isu COVID-19 dengan melaksanakan pelan insurans perlindungan kesihatan kepada semua rakyat Malaysia bagi membendung kes penularan wabak seumpama itu.

“Oleh itu, Parti Gerakan Rakyat Malaysia sangat berharap kerajaan baharu segera fokus melaksanakan tugas demi masa depan negara selepas istiadat angkat sumpah hari ini,” kata beliau.

Lau berkata parti itu amat bersyukur kerana pelantikan tersebut terdiri daripada kalangan teknokrat dan individu berkaliber untuk portfolio yang disandang.

Advertisement

— BERNAMA

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel