Connect with us

Terkini

Mandikan jenazah pesakit Covid-19, satu keluarga di Indonesia demam

Sebuah keluarga di Makassar, Indonesia dilaporkan mengalami demam selepas salah seorang daripada ahli keluarga tersebut memandikan jenazah mangsa Covid-19.

Menurut ketua kampung, keluarga tersebut kini dikuarantin di rumah manakala penduduk setempat dilarang mendekati rumah mereka.

“Wanita itu telah dibawa ke pusat kesihatan selepas mengadu demam. Suhu tubuhnya telah mencecah 37.5 darjah celcius. Keadaan anak dan suaminya kini semakin memburuk.

Loading…

“Saya masih menunggu kehadiran pasukan perubatan. Ini kerana, kita belum tahu lagi keadaan sebenarnya sama ada dia telah dijangkiti mahupun belum,” kata ketua kampung.

Menurutnya lagi, wanita itu merupakan saudara angkat mangsa Covid-19 yang telah meninggal dunia pada 15 Mac lalu.

Advertisement

Dia dipercayai turut sama memandikan jenazah saudaranya itu bersama beberapa orang yang lain.

“Ya, dia ikut memandikannya,” katanya.

Pihak berkuasa juga telah dikerahkan ke kawasan tersebut bagi memasang penghadang agar tiada orang mendekati kawasan rumah keluarga tersebut.

“Yang kami sedang tunggu ini adalah petugas kesihatan. Laporan telah pun dibuat, tapi mereka tidak datang-datang lagi,” tambahnya

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel