Connect with us

Pilihan Editor

Muhyiddin kongsi kandungan surat untuk bertemu Dr Mahathir

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkongsi intipati surat yang telah dikirimkan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad bagi menyatakan hasrat bertemu bekas perdana menteri itu.

Dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet pertama di Perdana Putra hari ini, Muhyiddin berkata beliau menyatakan kesediaan bertemu Dr Mahathir pada bila-bila masa demi kepentingan negara.

“Pertama, saya doa Tun dan keluarga sihat walafiat …yang kedua paranya, saya kata sekiranya dalam tempoh beberapa hari lalu perkara-perkara yang telahpun dilakukan menyinggung perasaan Tun, saya mohon maaf.

Loading…

“Para ketiga saya mohon kalau ada masa untuk saya bertemu dengan Yang Amat Berbahagia Tun, tapi telah terima jawapan beliau kata belum sampai masa untuk berjumpa,” katanya.

Muhyiddin berkata beliau juga mahu Dr Mahathir untuk memberikan pengiktirafan terhadap kerajaan yang baharu dibentuk.

Advertisement

“Kami telah bentuk kerajaan ini dan mahu Tun (Dr Mahathir) untuk mengiktiraf kerajaan, iaitu kerajaan untuk rakyat. Ia (kerajaan baharu) adalah sah, ia adalah berperlembagaan,” katanya.

Selain itu, Muhyiddin turut berterima kasih kepada Dr Mahathir yang menyatakan kerajaan di bawah kepimpinannya akan kekal sehingga pilihan raya umum akan datang.

Perdana menteri berkata tumpuan kini adalah untuk mengukuhkan kerajaan Perikatan Nasional bagi memastikan rakyat terus mendapat manfaat.

“Tun kata Kabinet ini akan bertahan sehingga diadakan pilihan raya umum akan datang, terima kasih kepada Tun atas komen beliau itu.

“Rakyat berharap bahawa kerajaan ini akan berkhidmat dengan baik dan kami berjanji bahawa kami akan berkhidmat dengan baik. Jika anda mahu diadakan pilihan raya mengejut, saya tidak mahu itu (pilihan raya mengejut). Ini bukan masa yang sesuai …kami berada di sini untuk berkhidmat. Saya harap semua orang bukan hanya Tun sahaja, untuk memberikan dorongan kepada kami semua untuk melakukan yang terbaik untuk semua,” katanya.

Advertisement

Dalam laporan media hari ini, Dr Mahathir dilaporkan berkata kerajaan yang dipimpin Muhyiddin dijangka mampu untuk bertahan sehingga Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

– Bernama

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel