Connect with us

Pilihan Editor

Mukhriz cabar Muhyiddin untuk jawatan presiden Bersatu

TAN Sri Muhyiddin Yassin dicabar Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir untuk jawatan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) pada pemilihan yang dijadualkan Jun depan.

Mereka turut berdepan seorang lagi ahli parti, Mohd Faiz Azlee Sham yang turut menghantar borang pencalonan di ibu pejabat BERSATU, hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Tan Sri Syed Hamid Albar berkata, Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi calon tunggal menghantar borang pencalonan sebagai Pengerusi.

Loading…

Katanya, Setiausaha Agung BERSATU, Datuk Marzuki Yahya dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menawarkan diri bertanding jawatan Timbalan Presiden Bersatu berserta seorang lagi calon Anas Akashah Nazri.

“Kita berharap pemilihan akan berlaku dalam suasana yang baik, tenang dan tidak ada yang tidak elok untuk parti.

Advertisement

“Kita ada 189 bahagian yang layak bersidang, namun tarikh persidangan yang sepatutnya berlangsung pada 18 April depan, tetapi kita sudah mendapat arahan penangguhan daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Pendaftaran Pencalonan Peringkat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), Ahli Jawatankuasa Srikandi dan Armada Bersatu di Petaling Jaya, hari ini.

Hadir sama Setiausaha JPP Datuk Zulkifli Alwi.

Bagi jawatan Ketua Armada, pertandingan tiga penjuru antara penyandang Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bakal dicabar Muzzammil Ismail dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wan Ahmad Fayshal dan Ahmad Kamal.

Manakala bagi Ketua Srikandi, Menteri Wanita dan Keluarga, Datuk Seri Rina Mohd Harun dicabar Azlina Mehtab Mohd Ishaq, Zuhuraina Makmur dan Datin Iza Ismail.

Advertisement

Seramai 203 individu menghantar borang pencalonan MPT Bersatu dalam pemilihan dijadual pada Jun depan.

Sumber: Harian Metro

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel