Connect with us

Terkini

Pengamal perubatan dakwa tangkap & kurung Covid-19 dalam botol

Seorang pengamal perubatan Islam mendakwa telah berjaya mengurung virus Covid-19 yang sedang melanda negara.

Pengasas Akademi Rawatan Islam Nur Ehsan, Abdul Majid Hasan berkata pihaknya telah berjaya mengurung virus tersebut di dalam sebuah botol.

“Saya telah menangkap dan mengurung (bukan selamanya) convid-19 ke dalam botol. Botol ini saya isi air. Saya simpan dlm freezer bersama dgn botol air lain yang kosong dari covid-19.

“Selama tempoh 5 hari botol berisi covid-19 tidak membeku sedangkan botol air biasa beku dalam tempoh 6 jam,” memetik kenyataanya di laman Facebook sebentar tadi.

Loading…

Melalui rakaman video berdurasi 1:20minit, Abdul Majod dilihat sedang melakukan kaedah rawatan terhadap seorang lelaki sambil membacakan ayat-ayat suci al-Quran.

Sementara itu tinjauan diruangan komen mendapati, rata-rata netizen mengkritik tindakan Abdul Majid yang disifatkan sebagai tidak wajat kerana cuba mempergunakan Islam dalam rawatannya.

Advertisement

Terdahulu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan ubat ‘Chloroquine’, ‘Hydroxychloroquine’ dan kombinasi ‘Lopinavir dan Ritonavir’ boleh digunakan untuk rawatan Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata ubat-ubatan tersebut dilihat memberikan kesan kepada rawatan pesakit COVID-19 sejak ia dikesan di negara ini.

Menurutnya lagi ubat tersebut sebelum ini digunakan untuk rawatan pesakit malaria, diberikan kepada pesakit COVID-19 kerana ia bersifat anti radang. – SuaraTV

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel