Connect with us

Berita Lain

Penganjur setuju batalkan himpunan Tabligh di Indonesia

Program Ijtimak Dunia Zon Asia 2020 yang berlangsung di Gowa, Sulawesi Selatan dibatalkan bagi mengekang penularan virus koronavirus baharu (Covid-19).

CNN Indonesia melaporkan, penangguhan acara itu selepas kerajaan Indonesia bekerjasama dengan tentera serta polis melarang orang ramai daripada berhimpun termasuk dalam aktiviti keagamaan.

Jurucakap Tentera Nasional Indonesia, Andi Simangaruka berkata, program itu juga dibatalkan selepas pihaknya berbincang dengan penganjur supaya dibatalkan.

Loading…

“Mereka akan membatalkan kegiatan itu. Ini kesepakatan dengan penganjur kerana kerajaan dalam rangka pencegahan penularan virus ini. Mereka faham,” katanya.

Andi berkata, ribuan jemaah yang hadir akan pulang ke daerah atau tempat masing-masing termasuk peserta dari luar negara.

Advertisement

Kata Andi, di bawah koordinasi ketua daerah kepulangan jemaah akan diatur terutama dari lokasi acara di di kompleks Pesantren Darul Ulum,Bontomarannu, Gowa menuju ke pelabuhan, lapangan terbang, dan terminal.

“Esok pagi mereka kembali ke masing-masing tempat mereka. Kita menyediakan kenderaan dari lokasi ke pelabuhan atau lapangan terbang kerana tentu ada yang pulang melalui darat, udara, atau laut. Kita siapkan,” kata Andi.

Difahamkan, 6,000 peserta menyertai program itu yang datang dari serata dunia yang dijadualkan berlangsung 19 hingga 22 Mac ini. – Agensi

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel