Connect with us

Pilihan Editor

Pengerusi Bersatu: Dr M menang tanpa bertanding?

Dr Mahathir Mohamad adalah satu-satunya calon yang menghantar borang untuk bertanding jawatan pengerusi Bersatu.

Perkara itu diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Bersatu, Syed Hamid Albar dalam sidang media di ibu pejabat Bersatu di Menara Yayasan Selangor, Petaling Jaya hari ini.

Ketika ditanya apakah itu bermakna bekas perdana menteri itu menang tanpa bertanding, Syed Hamid berkata dia tidak mempunyai kuasa untuk mengisytiharkan perkara berkenaan.

Loading…

“Menang tanpa bertanding itu, saya tak boleh umum, sampailah tarikh persidangan bahagian ditetapkan nanti.

“Dia punya pencalonan kita terima, tiada calon lain,” katanya seperti dipetik Malaysiakini.

Advertisement

Semua pencalonan bagi merebut sebarang jawatan dalam parti itu ditutup pada jam 3 petang, hari ini.

Mahathir pada 24 Februari lalu meletak jawatan sebagai pengerusi Bersatu selepas Muhyiddin Yassin yang juga adalah presiden mengumumkan parti itu  keluar meninggalkan Pakatan Harapan (PH). Mahathir kemudiannya meletak jawatan sebagai perdana menteri.

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel