PKP: Sudahlah enggan patah balik, cabar polis pula untuk bertumbuk

0
3887

Lelaku berusia 37 tahun menjadi individu pertama ditahan di Kuala Pilah, kerana melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Kejadian berlaku di satu sekatan jalan raya di Jalan Kuala Pilah- Batu Kikir, berhadapan Klinik Kesihatan Juasseh, petang semalam.

Ketua Polis daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani berkata, lelaki itu ditahan pada 3.40 petang selepas enggan memberi kerjasama untuk berpatah balik.


Loading…

“Suspek dipercayai dari Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA), Sepang menghala ke Gebeng Kuantan, Pahang bagaimana pun gagal mengemukakan surat kebenaran pergerakan daripada pihak polis.

“Suspek juga bertindak memaki hamun dan mencabar anggota polis bertugas untuk bertumbuk,” katanya ketika dihubungi.

Amran berkata, permohonan reman terhadapnya akan dibuat di Mahkamah Seremban, pagi ini.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Peraturan 7(1) Peraturan-peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020 (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan),” katanya.

Sumber: Harian Metro

PERINGATAN: Malaysian Update tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

Loading...
loading...