Connect with us

Pilihan Editor

Sah Marzuki dipecat jawatan Setiausaha Agung BERSATU

Datuk Marzuki Yahya dipecat sebagai Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkuatkuasa pada 18 Mac lalu.

Surat makluman pemecatan itu ditandatangani Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyatakan tindakan berkenaan selaras dengan Fasal 13.9 perlembagaan parti terbabit.

Muhyiddin yang juga Perdana Menteri mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada Marzuki atas segala sumbangan dan khidmat bakti sebagai Setiausaha Agung.

Surat berkenaan yang menyatakan pemberhentian Marzuki sebagai Setiausaha Agung itu turut tular di media sosial.

Loading…

Sementara itu, Marzuki ketika dihubungi Harian Metro mengesahkan menerima surat berkenaan yang dihantar ke pejabatnya di Yayasan Selangor semalam.

Advertisement

“Ya, saya mengesahkan terima surat itu semalam. Setakat ini tiada komen apa-apa, tunggu apa kata Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad,” katanya. – Harian Metro

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel