Connect with us

Berita Lain

Tun M kata rasa pedih ditikam

Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui berasa pedih dengan tindakan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang didakwa menikamnya dari belakang.

Dr Mahathir yang juga bekas Perdana Menteri berkata, beliau tidak menyangka Muhyiddin yang juga rakannya sanggup bekerjasama bersama individu tertentu dalam Umno.

“Beliau (Muhyiddin) ajak saya keluar Pakatan Harapan (PH) untuk dirikan kerajaan kononnya untuk orang Melayu dan bekerjasama bersama Umno dan PAS.

Loading…

“Saya beritahu Muhyiddin janganlah bekerjasama dengan Najib (Datuk Seri Najib Razak), tetapi Muhyiddin sanggup bekerjasama dengan mereka, saya tidak mahu, tetapi itu alam politik, macam-macam boleh jadi,” katanya ketika berucap pada majlis Kenduri Rakyat di Dewan Wawasan Jitra, di Jitra, hari ini.

Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Advertisement

Dr Mahathir berkata, beliau boleh bekerjasama bersama PAS, tetapi untuk menerima Umno dan Najib adalah sukar baginya.

“Kami dahulu masa mula tubuhkan Bersatu ada cipta lagu yang rangkapnya ‘bercerai kita roboh, bersatu kita teguh’ dan yang cerai sebenarnya adalah Muhyiddin.

“Negara sekarang hadapi cabaran ekonomi dan koronavirus (Covid-19), sepatutnya kita tidak berpolitik, tetapi fikir hadapi cabaran ini,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel