Connect with us

Terkini

PKP: Zul Yahya buat ‘Drive-Thru’ lauk percuma setiap hari bantu ringankan beban mereka yang memerlukan

Negara ketika ini berdepan dengan penyebaran wabak Covid-19 sehingga memerlukan kerajaan menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan.

Ini bertujuan bagi mengekang penularan wabak tersebut ketika ini, namun ianya turut memberi kesan ekonomi kepada kebanyakan rakyat di negara ini.

Sehingga ada yang terpaksa mengikat perut kerana perbelanjaan keperluan yang tidak mencukupi ditambah pula dengan tanggungan isi rumah yang ramai.

Pelakon Zul Yahya yang terkesan melihat keadaan ini telah mengambil inisiatif dengan menyediakan lauk percuma bagi membantu meringankan beban mereka yang memerlukan.

Loading…

Menerusi hantaran di Instagram, Zul Yahya memaklumkan dia menyediakan lauk percuma setiap hari kepada orang ramai di hadapan restorannya itu. Hanya lalu dan ambil sahaja!

Advertisement

Kami tak berniaga, lalu dan ambil sahaja

Setiap hari ada satu lauk percuma untuk orang ramai

Usaha Zul Yahya ini ternyata memberi impak positif dalam membantu golongan yang memerlukan ini.

Semoga segala usaha yang dilakukan oleh Zul Yahya akan diberikan ganjaran yang setimpal oleh Allah swt.

Sumber: zulyahya_steamboat_bbq

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel