Categories: Kemalangan

Hantar mayat teman wanita ke rumah dengan motosikal

Seorang remaja lelaki yang panik bertindak meninggalkan mayat kekasihnya di garaj rumah keluarga mangsa di Felda Keratong 10, Rompin, selepas mereka terlibat dalam kemalangan pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Rompin DSP Azari Miskon berkata mayat mangsa dijumpai oleh datuk mangsa sekitar 10 pagi semasa hendak meletakkan kenderaan pacuan empat roda miliknya di garaj itu.

Datuk mangsa difahamkan keluar daripada kenderaan untuk memeriksa “bungkusan” yang ditutup menggunakan kain pelekat, yang apabila dibuka, melihat cucu perempuannya berusia 17 tahun dalam keadaan berlumuran darah.

“Siasatan awal terhadap teman lelaki mangsa yang berusia 17 tahun mendakwa mereka keluar berjalan-jalan sekitar 3.30 pagi dengan menunggang sebuah motosikal sebelum terlanggar seekor kerbau di tengah jalan berhampiran kilang sawit Felda Keratong 3.

Loading…

Teman lelaki mangsa mendakwa kemalangan itu menyebabkan mangsa tidak sedarkan diri kerana parah di kepala dan paha manakala dirinya hanya cedera ringan di tangan dan kaki,” katanya kepada pemberita menerusi kenyataan media di sini, semalam.

Advertisement

Azari berkata teman lelaki mangsa yang tinggal di Felda Keratong 5 mendakwa telah membawa mangsa pulang dan terus beredar dari lokasi kejadian selepas meletakkan mangsa di situ kerana takut dimarahi keluarga mangsa.

Keluarga mangsa pula mendakwa mereka tidak menyedari kehilangan anak sulung daripada empat beradik itu kerana beranggapan mangsa masih tidur di tingkat atas rumah berkenaan.

Katanya, remaja lelaki itu telah ditahan bagi siasatan lanjut dan mayat mangsa yang belum disahkan waktu kematian dihantar ke Hospital Muadzam Shah, Rompin untuk bedah siasat. — Bernama

Advertisement
Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Faisal Halim Alami Kecederaan Disimbah Asid

KUALA LUMPUR, 5 MEI: Pemain sayap Selangor FC Faisal Halim menjadi mangsa simbahan asid yang… Read More

15 hours ago

Bapa Bersama Dua Anak Ditemukan Lemas Di Sungai Balak

Seorang bapa bersama dua anaknya yang masing-masing berumur sembilan dan enam tahun ditemukan lemas di… Read More

19 hours ago

Motosikal Bergesel Dengan Lori, Penunggang Tercampak Atas Penghadang Besi

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori sebelum tercampak ke atas… Read More

24 hours ago

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

2 days ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

2 days ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

3 days ago