Connect with us

Terkini

Halang pendatang Rohingya masuk Malaysia, pegawai TUDM dinaikkan pangkat

Juruterbang pesawat C-130H Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang berjaya mengesan bot pendatang tanpa izin (PATI) Rohingya di perairan Langkawi pada minggu lepas antara enam pegawai kanan dinaikkan pangkat semalam.

Menurut Portal Rasmi TUDM, Mejar Faizul Hussien Ismail dinaikkan ke pangkat pemangku Leftenan Kolonel dan memegang jawatan sebagai Pegawai Memerintah No 20 Skuadron (Skn).

Difahamkan, Faizul telah menerajui skuadron tersebut sejak Januari lalu setelah mengambil alih tugas daripada Leftenan Kolonel Azril Omree Hasbullah.

Upacara pemakaian pangkat tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Panglima Tentera Udara, Datuk Mohd Asghar Khan Goriman Khan di Markas Tentera Udara di sini.

Loading…

Lima lagi pegawai kanan TUDM turut dinaikkan ke pangkat sama.

Advertisement

Mereka ialah Mejar Tengku Ahmad Shaiful Isnawi Tengku Muhamad sebagai Ketua Skn Charlie Cawangan Pengurusan Operasi Udara, JBPM; Mejar Muhammad Halid Abdul Hamid (PS 1 Komunikasi Markas Nukleus Operasi Bersama, ESSCOM) dan Mejar Balasubramaniam Maruthamothoo (Ketua Cawang Tadbir PU Sendayan).

Dua pegawai lain ialah Mej Yusnizam Mohamad Jalil (Ketua Cawang Tadbir KTU) dan Mejar Roslan Al Mustaffa (Ketua Cawang Operasi KTU).

TUDM berjaya mengesan sebuah bot yang membawa 200 PATI Rohingya pada kedudukan 60 batu nautika barat Pulau Langkawi.

Kelibat bot berkenaan dikesan melalui pengawasan udara menggunakan pesawat C-130H sebelum menggerakkan dua buah kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ke lokasi berkenaan.

Sebuah helikopter turut dihantar bagi mendapatkan gambaran jelas penumpang bot sebelum dua kapal berkenaan memintas dan mengiringi bot keluar dari perairan negara.

Advertisement

Kesemua mereka terdiri daripada lelaki, wanita dan kanak-kanak. – Sinar Harian


Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel