Categories: Terkini

2 hari tunggu anak datang jemput selepas didapati negatif Covid-19, akhirnya ajal yang datang menjemput

Tanggungjawab menjaga ibu bapa terutamanya apabila mereka menjengah ke usia senja perlu digalas sebaiknya oleh anak-anak. Selagi hayat dikandung badan, berbaktilah sebanyak yang mungkin sebelum terlambat.

Perkongsian oleh seorang jururawat, Che Suriani Che Saufi di Facebook mengenai salah seorang pesakit suspek Covid-19 yang dirawatnya ternyata membuatkan ramai yang merasa hiba.

Difahamkan, pesakit tersebut, seorang warga emas lelaki, dibenarkan pulang setelah ujian swab yang dijalankan menunjukkan beliau negatif jangkitan.

Loading…

Namun, anak-anak pesakit yang dihubungi memberikan pelbagai alasan untuk menjemput ayah mereka pulang sehinggalah warga emas itu menemui ajal seorang diri di hospital, dua hari kemudian.

Lebih meruntun hati, kata Suriani, arwah hari-hari bertanya sama ada terdapat panggilan daripada anak-anaknya. Sebaknya hati!

Advertisement

Something bad to share today..

Datang kerja shift pagi hari ni dapat news ada patient meninggal. Yang mana sepatutnya patient dah boleh discharge dua hari yang lalu sebab covid swab negative.

Call relative (anak lelaki), cakap tak boleh datang ambil ayah, tengah kerja.

Call anak lelaki yang lain, wife jawab husband tengah terawih, tak boleh datang ambil juga, call lagi sekali engaged.

Call esoknya pun sama sampai masa kita ugut nak report polis, tapi still tak ada feedback.. So terpaksa tunggu plan doctor. Sekali petang, ajal patient tiba.. 

Advertisement

So bila kita call relative beritahu ayah diorang dah tak ada, tiba-tiba tiga orang anak boleh je datang serentak cepat-cepat..

Kenapa masa call untuk jemput ayah pulang tak ada yang datang? Arwah hari-hari tanya anak diorang ada call ke tak..

Come on Malaysian… Pengajaran untuk diri sendiri dan orang lain, janganlah ada macam ni.. Nanti diri sendiri terkilan..

Ketika dihubungi, Suriani berkata, kisah yang dikongsikan ini tiada niat lain, hanya sekadar untuk dijadikan pengajaran pada diri sendiri dan orang lain.

Kami doakan moga arwah ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman dan terima kasih diucapkan kepada doktor dan jururawat yang bertungkus-lumus tanpa mengira penat lelah, membantu negara memerangi wabak Covid-19.

Advertisement

Sumber: Che Suriani Che Saufi, Siakap Keli

Malaysian Update

Leave a Comment

Recent Posts

Bapa Bersama Dua Anak Ditemukan Lemas Di Sungai Balak

Seorang bapa bersama dua anaknya yang masing-masing berumur sembilan dan enam tahun ditemukan lemas di… Read More

4 hours ago

Motosikal Bergesel Dengan Lori, Penunggang Tercampak Atas Penghadang Besi

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bergesel dengan sebuah lori sebelum tercampak ke atas… Read More

9 hours ago

Pesawat ringan terhempas di Sungkai, dua mangsa selamat

IPOH: Sebuah pesawat ringan bagi tujuan latihan terhempas di kawasan ladang Besaut 2 Tambahan, Sungkai… Read More

1 day ago

Sadis! Isteri dibunuh dan dikerat-kerat, daging kemudian ditawar kepada jiran

JAKARTA - Seorang lelaki di Indonesia tergamak cuba 'membahagikan' daging tubuh isterinya sendiri selepas membunuh… Read More

1 day ago

Arif ajak Rini untuk bersetubuh sebelum dibunuh & disumbat dalam bagasi

Misteri sebuah bagasi berisi mayat wanita yang ditinggalkan dalam belukar di Jalan Kalimalang di Bekasi,… Read More

2 days ago

Aniaya Bella: Mahkamah Tinggi Kekalkan Sabitan Dan Hukuman Penjara 12 Tahun Siti Bainun

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman penjara… Read More

3 days ago